Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/12/2017

Dalam perjalanan...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK sekarang dalam perjalanan ke Hatyai, tadi sampai KL lambat sangat sebab jalan sesak, KK punya bas dari pukul 3.30 petang, sampai pukul 8.30 malam! 5 jam !


Biasanya paling cepat pun 3 jam 30 minit saja, tapi hari ini punya cerita sampai 5 jam memang kematu punggung, dengan sejuk ditambah pula hujan, dalam bas macam peti ais sejuknya, haha



Kita ni tak biasa guna LRT bagai, berpandukan tanya si Arif dengan peta, KK ni bolehlah sikit-sikit baca arahan tu, sampai di KL Sentral jam 9.15 malam, cepat-cepat cari makan dulu

Dah habis makan, cari pula tempat nak berkumpul, pusing punya pusing jumpa lah, dah dipanggil salah bas pula, nasib tak ke Singapura, hahaha, turun balik

Alhamdulillah, sekarang ni dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, nanti kalau berkesempatan KK akan cerita lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan