Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/08/2017

Air mawar


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK suka tengok video penjagaan kulit muka untuk lelaki di Youtube, boleh kata sekarang ni suka sangat jaga muka, dulu tak kisah pun, hahaha, baru sekarang


Lagi satu muka KK ni pori jenis besar, kalau lepas basuh muka memang jelas nampak, dah cuba lumur ais dan segala tips untuk kecilkan pori-pori di muka ni

Jadi KK tengok kat Youtube, katanya kena gunakan penyegar (toner) untuk tutup pori, tetapi nak senang boleh ganti dengan air mawar, khuatir toner yang dibeli tak sesuai

Bila digoogle, rupanya banyak kebaikan dan khasiat air mawar ni, memang bagus dan pastinya air mawar ni semulajadi, jadi memang tiada kesan sampingan

KK pun belilah air mawar, pantang orang cakap elok semua beli, haha, tak apa, kita mencuba mana tahu serasi dengan kulit kita kan, jadi belilah selepas hasutan,haha

2 ulasan: