Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/07/2017

Pertama kali : Mee Tarik Warisan Asli !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah beberapa minggu lepas, KK ada mencuba makan di Mee Tarik Warisan Asli di Teluk Chempedak, Kuantan Pahang


Lepas saja balik dari majlis kawan tu, terus berjalan dengan baju-baju tak bertukar, haha, mekap habis cair dah, redah tak redah sampai juga si Teluk Chempedak



KK ni kira pertama kali merasa Mee Tarik ni, kawan-kawan yang lain dah naik bosan sebenarnya, haha, sebab ramai yang duduk di KL kan, jadi ni kira selalu makan dah

Lepas dah makan-makan tu, sempat sekejap ambil angin tepi pantai, santai-santai sambil tengok orang beriadah, sebab keesokannya KK dah kerja semula




Berbalik pada Mee Tarik tadi, KK cuba yang goreng punya, sedap juga, kawan cuba yang sup punya, dari segi harga sepinggan tu RM14.90, bagi KK agak mahal, tapi dari segi kuantiti memang banyak dan penuh

Berbaloilah dengan harga dan cepat kenyang sebab mee agak tebal, makan sikit dah kenyang, siapa yang jenis makan sikit tu, elok kongsi saja, KK ni memang perut lembu, jadi sepinggan tu makan seorang

2 ulasan: