Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/04/2017

Tak sihat...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK betul-betul tak sihat, pagi tadi rasa macam tak ada apa-apa, nak masuk pukul 11 tu dah rasa lain macam, dah mula berdenyut-denyut mata ni


Pelik juga, tak ada pula sakit mata, kita nak kerdip mata tu rasa sakit, makin lama makin sakit, tak lama tu hilang sakit mata, datang pula sakit kepala pula berdenyut

Hilang satu hal datang pula satu hal, ya Allah sampai tak boleh nak buka mata, punyalah berat kepala ni, KK ambil keputusan nak tidur sekejap

Tak kisahlah nak ada orang ker, klien datang ker, haha, KK nak tidur, mata tak boleh buka, kepala tak boleh angkat, sakit sangat, KK pun terlelap sendiri

Bila bangun tadi, lega sikit kepala ni, pening-pening tu rasa lagi, cuma lebih baik dari tadi lah, alhamdulillah, rasanya kuat kerja sangat, haha, macamlah kerja berat

KK pun tak masak harini, buat cendawan goreng tu saja, makan pun tak habis, sebab tak larat, perut lapar, kena juga makan sebab nak makan ubat kan

Sekian bebelan dari KK, tak ada tempat nak meluah perasaan selain blog buruk ni, kenangan untuk KK nanti bila tua tua baca balik, hahaha, sekian terima kasih !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan