Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/03/2017

Suria KLCC !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah habis berjalan di TS tadi, kaki terus berjalan untuk ke KLCC pula, masa ni dah petang, jadi LRT memang padat dan mampat


Sebelum naik LRT tu dah pesan kat mak bagitahu kat mana nak turun, sebab risaunya terpisah kan, kan susah pula, kita yang keluar dia kat dalam lagi, hehe



KK pun datang kat KLCC ni rasanya masa zaman kecil-kecil, ni umur dah 23 tahun baru datang balik, hahaha, barulah dapat tengok depan mata, kalau tak dalam tv sajalah, yang si adik ni baru tengok

Masa ni cuaca agak mendung, dan nak hujan, sempatlah bergambar dua tiga keping saja, selebihnya jalan-jalan dalam KLCC tu, sekadar mampu tengok, nak masuk seram, kita tak mampu, haha



Hari dah hujan, jadi kita baliklah, lagipun esok adik nak sekolah, bas ke Kuantan dah empat jam, jadi balik awal, boleh sampai awal nanti, boleh rehat

Jadi disinilah destinasi terakhir, lepas ni terus ke TBS semula dan beli tiket balik, nanti ada masa lagi boleh datang jenguk-jenguk Arif sambil jalan-jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan