Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/11/2016

Beli beg pula...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Inilah susahnya kalau segalanya di hujung jari, semuanya nampak cantik, semuanya rasa nak beli, hahaha, lagi-lagi awal bulan pula, tahu-tahu saja duit berkepuk, haha


KK ni bila dah mula bosan, mulalah tangan dan jari jemari ni gatal nak membelek laman beli belah atas talian, antara kesukaan Lazada, Shoppe, Nile, 11street, Mudah, Lelong dan sebagainya, hehe

2 hari lepas dah beli powerbank, pagi tadi berkenan tengok beg silang, rasa nak beli sangat dah, hahaha, tengah ada duit, bolehlah, kalau tak ada jangan harap, hehe, tapi apalah nak berkira kan, hadiah untuk diri sendiri juga


Dah beli dan dah bayar pun, cuma tunggu sampai saja barangnya, yang powerbank haritu pun tak sampai, mungkin esok atau lusa kot sampainya, sebab harini cuti

Alhamdulillah, sekali sekala tak salah kita hadiahkan diri kita dengan sesuatu barang atau perkara baru, asyik fikir orang lain saja, cuba fikirkan untuk diri kita juga, barulah kita gembira, hehe

2 ulasan: