Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/10/2016

Gosip-gosip Cik Aini !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah semalam KK keluar dengan makcik ni, inilah Cik Aini, sekerja cuma berada di cawangan lain, dulu di Kemaman, tapi dia telah merampas Pekan dari KK, haha


Saja ambil cuti sama, lama sangat tak bergosip dengan makcik ni, biasanya dalam Whatapps saja, semalam bersua muka, dan bermulalah episod bertih jagung, haha


Bermula di McD, rezeki KK orang belanja makan, cepat-cepat dia hulur duit tak nak nya KK bayarkan, saja dia ni, haha, bagusnya kalau semua orang macam ni, haha

Sesi bergosip bermula dari burger sebiji sampai tinggal pembungkus sana, haha, habis licin kentang goreng tu tak sedar sambil mengomel sambil mulut mengunyah, haha



Terima kasih makcik cantik, sebab sudi belanja kita, nanti lain kali KK pula belanja tau, haha, kerja sama cuma cawangan saja lain-lain, entah bila lagi boleh gosip

Nanti bolehlah rasa kek chef pencen yang makan aiskrim tu, haha, kalau chef rajin lah, kalau chef malas, maaflah, beli saja kek kat kedai banyak jual, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan