Spice of My Life

Followers !

Halaman

02/09/2016

Selamat Datang September !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Wah wah dah masuk bulan 9, sekejap saja masa berlalu dari hari ke hari, tak sedar sebab hari-hari kerja, dengan KK tak bergeraknya, haha, mereput di Kemaman


Semalam tak menyempat nak update, sibuk sebab ramai klien datang, nasiblah berdua, kalau tak KK ni kena potong dua, haha, baru cepat sikit buat kerja

Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan tubuh badan yang sihat, masih lagi boleh bekerja mencari rezeki seperti biasa, harapnya moga terus kekal sihat

Esok dah cuti kan, hehe, seronoklah tu semua, kalau yang kerja cuti Sabtu dan Ahad tu dah senyum sampai ke telinga, tak apa, kerja baik baik

Yang tak cuti tu macam KK, senyum juga, cuti juga cuma hari lain saja, hehe, jangan sedih-sedih, sama saja cuti cuti juga cuma tak sama macam orang

KK berharap dengan perginya Ogos memberikan seribu satu kenangan, dan berharap datangnya sinar September yang akan memberi KK seribu satu kejutan berharga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan