Spice of My Life

Followers !

Halaman

27/08/2016

Nasi Goreng Bujang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari malas dah datang, nak masak dengan tak ada barang kat dapur, jadi nasiblah ada nasi lebih yang semalam, bolehlah buat nasi goreng bujang, hehe


KK nak bagi tip ni, kalau tak pandai nak masak nasi goreng, tapi nak sedap, beli saja kiub pati ayam ker, daging ker, ikan bilis ker, kalau nak perasa tomyam, belilah yang tomyam

Tumis bawang sikit, dah layu bawang tu, campak saja seketul kiub pati tu, untuk harini KK campak yang ayam, haha, nanti kiub tu akan cair sendiri

Dah sebati dan naik bau, letak sajalah nasi yang di leraikan, ramas sikit nasi tu baru senang nak kacau dalam kuali, gorenglah dalam 5-7 minit lagi


Dah nampak nasi tu melantun-lantun, siap lah tu, bolehlah nak makan dengan telur goreng atau macam KK lebih gemarkan ikan bilis yang digoreng rangup

Sekian saja resipi bujang dari bekas chef pastri, haha, jangan ingat chef pastri pandai buat kek, pudding, dan kuih saja, semua boleh asalkan rajin belajar, hehe

Selamat pagi semua, dah sarapan ke belum?

3 ulasan: