Spice of My Life

Followers !

Halaman

25/06/2016

Ramadhan 20 : Pantasnya masa berlalu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas sekali, dah 20 hari kita berpuasa, dalam sedar tak sedar, dalam membebel tiap hari, hehe


Ramadhan yang ke-20, pastinya semua umat Islam bersungguh-sungguh mencari malam Lailatul Qadar, insyaAllah, semoga dipermudahkan

KK pula sibuk menghitung hari nak balik, haha, macam tak sabar sangat dah gayanya, rasa macam nak balik esok, tapi sabar, Isnin balik lah, berbuka di rumah

Nanti nak beli barang buat biskut raya, nak kemas dapur dulu, entahlah berapa jenis, buat setakat mana yang larat, 8 jenis? 14 jenis? haha, masih misteri berapa jenis

Apa pun selamat berpuasa semua, harapnya sihat belaka kehendaknya, semoga hari-hari akhir ini diberi sinar kebahagian dan keberkatan oleh Allah sempena Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan