Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/11/2015

Lepak di Streetz Cafe !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Beberapa hari lepas, KK ada cerita pasal mak buyung dengan anak dara datang melawat KK di tempat kerja kan, mereka tunggu sampai KK balik kerja, haha


Tahu sangat dah, kalau sibuk tunggu tu, adalah nak ajak ke lain, dah boleh baca sangat taktik yang tak berapa nak menjadi tu, haha

Tak puas lagi berborak di tempat kerja KK, diajaknya ke Streetz Cafe, tak jauh pun dari tempat kerja KK, lagipun tak pernah lagi ke sini, mencuba sesuatu yang baru


Konsep ala-ala kafe hipster, sekarang dah banyak kafe macam ni, tempat yang cantik dan berseni, lokasi pun strategik, memang menjadi tumpuan

KK cuba Keuy Teow Special Beef Streetz, haha, namanya agak panjang, sebelum order tu tanya dulu, haha, bila diterangkan khabarnya macam sedap, haha, jadi KK nak cuba

Mak buyung pesan Beef Bolognese dan Cik Erni pesan Grilled BBQ Chicken Chop, kemain lagi pesan, haha, tapi tak apa, namanya mencuba


KK ni kelaparan, jadi habis sepinggan, sedap juga, keuy teow diselaputi dengan telur dadar dan kat luar tu kuah pekat, sedap juga, KK semua sedap, selagi boleh telan, jadi kira sedap, haha

Terima kasih mak buyung dan Cik Erni sebab sudi luangkan masa dengan KK, insyaAllah nanti akan berjumpa lagi, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan