Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/10/2015

Kudapan petang : Jemput bilis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang-petang lepas balik kerja mesti lapar kan, begitu juga KK, saja-saja kat rumah pun perut mesti diisi, lapar sangat, padahal dah makan, tak tahu lah kenapa, mulut asyik nak makan saja

Jadi KK minta tolong mak KK bancuhkan jemput-jemput bilis, kalau kat lain ada panggil cekodok, tapi kalau KK panggil jemput bilis, nak lagi sedap letak bawang hiris halus-halus, memang sedap


Dah siap mak panggil, KK panaskan minyak, dah minyak panas, goreng minyak panas, ceduk sikit-sikit guna sudu besar, goreng sampai kuning keemasan, dah nampak masak, angkat dan toskan sekejap

Memang sedap makan panas-panas, sepinggan tu memang KK makan seorang saja, buat sos cili sebagai pencicah, memang habis sepinggan, hehe, alhamdulillah, rezeki di petang ni, memang kenyang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan