Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/07/2015

Ramadhan 30 : Esok dah raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, sedar tak sedar esok dah beraya kita, cukup sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, masa sangat pantas berlalu


Berbuka tadi merupakan kali terakhir kita berbuka puasa bagi tahun ini, dan sahur juga yang terakhir, esok dah tak ada ye, hehe

Macam mana persiapan raya? cukup ke tidak? KK cukuplah dengan sehelai kurta dan sepasang selipar, tak lebih pun dari itu

KK seronok tengok rakan-rakan yang bersungguh-sungguh membeli dari minggu lepas sehingga malam ni, kemain sakan nak beraya, hehe

Esok KK kerja, masuk jam 10 pagi, dah rancang dengan kawan-kawan kerja, nak pakai baju apa, siap nak bawa makanan dari rumah, kita beraya kat tempat kerja

Perginya Ramadhan dengan penuh keinsafan, datangnya Syawal disambut kegirangan, Salam Aidilfitri dari KK saling bermaafan, Selamat berhari raya dengan keluarga tersayang !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan