Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/07/2015

Ramadhan 27 : Berbuka bersama sahabat STPM !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah merancang lebih kurang seminggu, alhamdulillah, dapat juga berbuka bersama-sama dengan kawan masa zaman STPM dulu


Rindunya semua, akhirnya dapat juga perkara yang dirancang, nak berbuka bersama-sama dengan mereka, semua sibuk belajar, masing-masing jauh-jauh

Seharian KK teman beli persiapan raya, dari baju, kasut sampai ke tudung KK teman, haha, punyalah sayang kan kawan, butik Aidijuma KK terjah masuk, haha


Berbuka di Padang, walhal hujan pada tenggahari, nasiblah tak lebat, Padang tak basah mana, kami bawa tikar, senang nak duduk, baju tak kotor

Lepas pada berbuka, sambung jadi jalan-jalan sekejap dan balik, banyak sangat perkara lucu di bual harini, perkara zaman STPM memang tak dapat dilupakan

Gelak besar masing-masing, kita kenal kawan kita, kita boleh terima baik buruk dia, itulah yang dinamakan sahabat, susah nak cari

Harap persahabatan kita kekal selamanya, walaupun nanti dah kahwin, beranak pinak, jangan lupakan KK semua, sayang semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan