Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/07/2015

Cuti


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sepatutnya esok KK cuti, hari Jumaat kan, tapi esok dah 31, hari untuk inventori, tak boleh cuti, nanti tiada sesiapa nak tolong kira stok untuk bahagian pizza


Muka ni juga mangsanya, jadi diganti harini, KK pun tak ada arah tuju, jadi kita terperap saja di rumah, haha, bolehlah basuh baju kejap lagi

Tak lama nak masuk bulan 8, lepas tu nak habis tahun sudah, apakah ini? sekejapnya masa berlalu kan, memang tak perasan sangat

Bila kerja, memang masa tu berjalan macam air, sedar tak sedar dah habis waktu kerja, balik tidur dan seterusnya, begitulah hari-hari

Malam nanti kalau jadi, KK dan rakan kerja nak pergi makan steamboat kat satu tempat, tak pernah makan lagi, nak cuba kat situ, kalau jadilah

Kalau tak, mereput saja di rumah, haha, tengok lah televisyen tu sampai reput, haha, biasalah hidup bujang, macam tu lah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan