Spice of My Life

Followers !

Halaman

07/06/2015

Tahniah sahabat Ain Nabila :)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, selamat sudah salah seorang sahabat KK menjadi isteri orang, Cik Ain akan bertukar menjadi Puan Ain Nabila, hehe


Ya Allah, tak sangka, sekejap saja masa berlalu, baru saja bertunang, tup tup tadi dah jadi isteri orang, alhamdulillah, bina masjid kata orang


KK sempat menghadiri majlis, sebab KK minta balik awal, kalau tak kerja full, tak larat lah, esok lagi hari panjang, hari bersanding makan nasi minyak, huhu

Esok tugas penting, jadi pengiring pengantin, kononnya, haha, tak lah, cuma jadi peneman, satu hari kalau larat di majlis esok


Tak sangka, dah jadi bini orang, lepas ni akan tinggal di KL, ikut suami sebab suaminya bekerja di sana, tak tinggal di Kuantan dah, lagi susah nak jumpa

Apapun, tahniah, Puan Ain Nabila, semoga menjadi isteri yang baik, solehah dan taat kepada suami, sahabatmu disini sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidupmu kelak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan