Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/06/2015

Ramadan 10 : Dugaan...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah hari puasa ke 10, benar-benar menguji kesabaran dan pahala puasa KK, dugaan menimpa suka untuk dilupakan


Sepatutnya, setiap kali 27 haribulan setiap bulan gaji akan masuk, jadi biasanya kalau KK semak dalam jam 6 pagi, memang dah masuk

Sebaik sahaja sahur, dalam jam sekitar 5.30 pagi, KK semak masih tiada, dah rasa pelik, biasa memang ada, jadi sambung tidur

Hati jadi tak keruan, bila bangun dalam jam 8.30 pagi, semak guna telefon, masih tak ada, pelik betul, hati dah rasa tak sedap, ada masalah ke gaji KK?

Tak puas hati, siap-siap, terus pergi ATM terdekat, nak semak pakai mesin, konon tak nak percaya semakin M2U ni, haha, tapi hasilnya tetap sama, hancur hatiku !

Nak nangis pun ada, tapi redha, nanti sampai tempat kerja cari pengurus, boleh tanya apa ada masalah ker gaji KK ni

Masa nak pergi kerja tu, lupa pula nak minta duit, sebab KK nak beli tiket letak kereta MPK untuk tempoh sehari, tiket harian berharga RM 3,70

Nak sampai dah, duit pula lupa, belek lah dalam dompet, ya Allah, memang cukup 3 keping duit RM 1, dan syiling baru ada RM0,30

Mana pula nak ambil lagi RM0,50 ni, tengok pula dalam laci kereta, korek-korek jumpalah duit sen sampai 5 sem pun KK guna, darurat

Belilah tiket, dengan hati tak tenang lagi, pergi kerja dengan muka tak gembira, memikirkan pasal duit, haha, nak bayar hutang

Tapi, alhamdulillah, bila bertanya kepada pengurus, dia cakap memang ada masalah, bukan KK seorang, tapi semua staff, lega hati mendengar

Alhamdulillah, masuk sedikit lewat, hari yang sama juga, dan bolehlah senyum kan, haha, tapi sedih sangat, bila dah tengok akaun, senyum lah, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan