Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/04/2015

Ingatkan Nasi Ayam, rupanya...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam mak KK ada bertanyakan pada KK nak masak apa pada keesokan hari yakni hari ini


Tiba-tiba mak mencadangkan nasi ayam, terkeluar dari mulut tiba-tiba, KK tak kisah pun, sebab semua KK makan, haha

Konon seronok, sebab dapat makan nasi ayam, haha, dan tidur dengan gembiranya, kerana KK cuti lagi kan

Bangun pagi, mandi dulu, lepas dah siap semua, baru buka periuk, ada nasi putih, tak macam nasi ayam pun,

Ada pula lauk sup ayam, haha, KK sudah tertipu, bukan nasi ayam ! tapi sup ayam, nampak disitu telinga tak boleh pakai, haha

Aduhai, sampai salah dengar KK rupanya, lagipun sebutan akan-akan sama kan, haha, susah kalau dah tua ni, haha

Apa nak jadi? makan sajalah, rezeki depan mata, baru berangan nak makan ayam goreng kicap dengan sambal cili, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan