Spice of My Life

Followers !

Halaman

24/12/2014

Kebimbangan terhadap hujan...


Assamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Allah saja tahu yang hati ini begitu risau dan meruntun pabila difikirkan langit yang tidak henti menangis dari pagi hingga ke malam menjelma.


Kegusaran ini mendatangkan tanda tanya dan kebimbangan infiniti terhadap kawasan sekeliling yang kemungkinan berlaku bencana

Dari KK nak pergi kerja pagi dah mula hujan, masa KK bangun tu elok lagi, dah keluar rumah, hidupkan enjin motor tak sampai 10 saat, hujan lebat kembali.

Tunggulah KK hujan reda sikit, nak redah rasa basah kuyup juga walau pakai baju hujan, tunggu punya tunggu sampailah 7:30 pagi

KK patutnya masuk kerja pukul 7, tapi apakan daya, terpaksa datang lewat, boss pun faham, sebab sekarang musim banjir kan.

Bila dah reda sikit, terus pergi kerja, hujan memang hujan, sebab rasanya memang tak berhenti, jadi reda dan teguhkan hati ke tempat kerja.


Sampai dalam jam 8 pagi, tak apalah dah memang lewat, masuk kerja macam biasa dan mulakan tugas.

Masa nak balik memang hujan, tak sedar masa kerja sebab kerja dalam bangunan besar, langsung tak dengar apa-apa.

Keluar saja, memang hujan lebat, bawa motor perlahan, tadi pun ada beberapa kali nak tersadung, sebab jalan licin, nasib KK pandai kawal.

Sampai rumah, tengok keadaan, berdebar kencang, air sungai dah paras tinggi, sebesar longkang tu, dah penuh, dengan lajunya, atas jalan penuh air.

Nasib rumah KK di kawasan tinggi, tapi dekat dengan pantai, keadaan ombak laut memang tahap bergelora, nak sampai melimpah atas tebing.

Sampai rumah, denga takutnya, terus mandi, hujan memang tak berhenti, kadang kuat kadang perlahan.

Kawasan Kuantan makin hari makin teruk, dan makin ramai yang dipindahkan ke penempatan sementara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan