Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/11/2014

Hujan...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang memang musim hujan, hari-hari hujan, mak cakap biasalah, dah masuk musim tengkujuh, sejuk dan dingin sepanjang hari.


Pagi-pagi kalau KK nak pergi kerja, kalau hujan, redah saja, kalau tak hujan, nasib baik sikit, kalau hujan memang basah baju.

Macam pagi tadi, KK bangun tidur memang dah hujan, tunggu punya tunggu, tak berhenti juga, sedih, siap pakai baju hujan, tapi basah juga

Sebelum tu, dah pakai baju sejuk kat dalam, baru sarung baju hujan, seluar pun ada, tapi kalau lebat kena juga sikit

Bila naik motor, satu sebab utama tak ada bumbung, jadi kalau hujan memang basah, haha, tak sah kalau tak basah


Lagi satu bahaya kalau memandu dalam keadaan hujan dan jalan licin, dua faktor utama yang menjadi penyebab kemalangan jalan raya.

Beringatlah semua, hati-hati, malang tak berbau :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan