Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/11/2014

Baiki tab lama


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dulu masa pakai tab, jaga macam nyawa, punyalah sayang, beli dulu habis duit kumpul, haha.


Bila dah pakai yang lain, tab simpan buat pekasam, terperap lah dalam almari tak pakai, jadilah pekasam

Minggu lepas, abah ada nak guna laptop, sebab nak buat dengar bacaan mengaji, abah ada ambil salinan dari kawan dia.

KK nak bagi laptop macam berat sikit, sebab KK pun nak guna, jadi terfikir tab KK yang lama, dah jadi pekasam tu, hehe

Cuba buka, buat hal, bila dah on, tersekat pada logo sampai sudah, tak sampai dekstop, sampai habis bateri dibuatnya.

KK pun rujuk kepada pakar, hantar pada pusat servis, gigihkan diri demi abah, pergi pusat servis, sebelum pergi kerja.


Bila diperiksa, masalah software rupanya, KK tinggal sekejap, dalam 3 jam lepas tu mereka telefon bagitahu dah siap, dicaj RM 15.

Alhamdulillah, masa rehat, KK pergi ambil terus tab kat pusat servis, haha, malas nak tangguh lagi, sebab nanti susah pula.

Macam tahu-tahu saja, hujung-hujung bulan ni tak ada duit sangat, tak kena caj mahal, mungkin rezeki abah satu, alhamdulillah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan