Spice of My Life

Followers !

Halaman

01/09/2014

Salam Kemerdekaan yang ke-57 :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka, sudah 57 tahun negara tercinta Malaysia sudah bebas dari penjajah yang durjana.


Bertemakan "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" sudah pasti memberi 1001 makna mendalam buat kita untuk mengenang kemerdekaan negara kita sendiri.


Jatuhnya pula tahun ini pada hari Ahad, pastinya ramailah orang bercuti, kat tempat kerja KK semalam, punyalah ramai orang.

Teringat pula KK kisah masa di tingkatan 6, KK menyertai perbarisan kemerdekaan di Padang MPK 1, dengan beruniform lengkap PBSM.

Panas memang panas, tapi seronok, sebab memang ramai sangat, yang pengsan jangan cakap, ramai sangat.


Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan kemerdekaan negara kita, kerana masih ada negara yang belum merdeka lagi.

Teruskan azam dan iltizam, jangan membiarkan sejarah berulang lagi, tepiskan segala anasir jahat dan jadilah seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan