Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/05/2014

No more MC, No more REST, It time to WORK !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Berakhir sudah MC KK yang 2 kali disambung sehingga menjadi 2 minggu lamanya, sekarang kembali kepada dunia kerjaya.



KK sungguh bersemangat harini, hari pertama KK akan bekerja selepas 14 hari bercuti akibat dari kemalangan, boleh rujuk SINI, SINI, SINI dan SINI

Segala kisah telah KK ceritakan, biarlah ia menjadi satu pengalaman dan pengajaran buat KK selama-lamanya.

Harini KK masuk shift tenggahari, disebabkan motor masih lagi di bengkel, mak KK akan hantar ke tempat kerja, balik nanti kakak pula yang ambil.

KK terpaksa pakai hand sock yang mak belikan, sebab tangan KK tinggal parut, sedih rasa, dan bekas benang masih ada, jadi baik ditutup

KK kan bekerja di bahagian makanan, lebih baik ditutup tangan ini buat masa sekarang, nanti apa pula pandangan pelanggan kalau tengok tangan KK yang benang jahitan masih kelihatan, hehe

Baiklah, KK bersiap sikit lagi, dan nak terus pergi tempat kerja, tak sabar dah nak jumpa kawan-kawan ni, hehe :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan