Spice of My Life

Followers !

Halaman

24/03/2014

Sijil Berhenti Sekolah + Sijil Koko + Majalah CITARASA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masa KK pergi sekolah minggu lepas, yakni masa ambil keputusan, cikgu ada beri 3 benda yang penting terutama bagi lepasan sekolah.


Sijil berhenti sekolah, sijil kokorikulum dan majalah sekolah, inilah barang yang KK anggap penting bagi kita.

Untuk bekerja, surat berhenti sekolah pasti diminta, iyelah kan, banyak maklumat yang dapat diperoleh majikan dari sijil tu, pasal kedatangan, kelakuan, dan sebagainya.


Inilah sijil berhenti sekolah KK, ini kali kedua KK dapat, hehe, haritu lepas SPM dapat satu, dan lepas STPM dapat lagi satu, jadi KK ada 2 !

Nampaknya dari segi kedatangan kurang memuaskan, haha, nampak sangat malas ke sekolah, yang lain ok saja, kelakuan baik sangatlah kan, haha


Ini pula sijil Koko yang KK dapat, juga ada 2, masa SPM dan STPM, tapi yang SPM dah tak pakai, pakai yang terbaru iaitu STPM.

Masa SPM lepas, KK cuma dapat B bersamaan 7.58, sedih sangat, sikit lagi nak dapat A, tapi untuk STPM, KK dapat A ! gembiranya ! markah 8.40


Majalah sekolah. Untuk sekolah KK, majalah sekolah dinamakan CITARASA, dengan tema CIceroni + TAlent + RAdiance + SAbs = CITARASA

Banyak juga muka KK terpampang di majalah sekolah, biar adik junior kenal sikit, haha, KK dikira aktif juga, walau muka tak banyak, yang penting gambar dalam kelas ada, suka tengok.

Lepas ni dah susah nak jumpa kawan-kawan kelas, sekarang senang lagi, nanti bila dah sambung belajar, ada yang dah kahwin kan, dah beranak pinak pula tuh, hehe, lagi susah.

KK harap, walau dimana kita berada, hubungan silaturrahim sesama kita takkan putus dan kita akan terus menjadi sahabat selamanya :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan