Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/03/2014

Misi menyediakan dokumen kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sukanya bila dah dapat kerja kan, rasa tak nak lelapkan mata saja semalam, terlalu gembira, sampai macam tu sekali.


Jadi, harini KK nak pergi lengkapkan dokumen yang perlu KK bawa esok, iaitu hari pertama KK akan bekerja.

KK perlu sediakan penyata ringkas bank, penyata KWSP, gambar berukuran passport 2 keping, dan salinan kad pengenalan.


Dan satu lagi, KK nak hantar tab KK, tiba-tiba semalam dia buat hal pula, sakit hati, alang-alang nak ke bandar, KK nak hantar terus, nasib ada lagi warranty.

Mungkin kejap lagi KK terus nak ke bandar, malas nak pergi lewat sangat, sebab penyata KWSP tu boleh cetak bila masa pejabat sahaja.

Hehehe, walau apapun, KK harap kesemua perancangan harini berjalan dengan lancar :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan