Spice of My Life

Followers !

Halaman

13/03/2014

Berkongsi ilmu Sejarah Penggal 3 :)


Assalamuaikum dan Selamat Sejahtera,

Ilmu diperolehi dari ditimba, ilmu sukar untuk diamalkan, ilmu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.



Baru-baru ini, keputusan STPM Penggal 3 telah keluar, ramai diantara sahabat dapat keputusan yang memberangsangkan.

Keputusan KK tidak sehebat kawan-kawan yang lain, tak sampai 3.0 pun, tetapi KK tetap bersyukur kerana semua lulus dan meningkat dari Penggal 2.


Pabila keputusan telah keluar, ada juga yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dan lebih sedih lagi apabila tidak lulus.

Ramai yang hendak mengulang kembali, KK baca di group STPM di FB ramai yang meluahkan rasa sedih, tidak puas hati dan sebagainya.

KK pun teringat nota-nota yang KK buat untuk subjek Sejarah Penggal 3, ada 7 tajuk yang menjadi buah mulut guru-guru Sejarah dari seluruh Malaysia


KK ni jenis kalau tengok buku memang mengantuk, jadi KK suka buat nota guna Word dan print, kalau tulis atas kertas memang jadi comot.

Jadi, KK telah menawarkan nota-nota tersebut dalam bentuk soft copy di group tersebut, dan alhamdulillah telah mendapat sambutan.


Respon yang diberikan sangat memberangsangkan, KK sendiri tak percaya, begitu ramai yang nak copy nota tersebut.

KK amat bersyukur, hasil nukilan KK yang tak seberapa dapat dikongsi bersama rakan STPM yang lain, syukur alhamdulillah.


KK tidak mengharapkan balasan, KK lagi mendoakan rakan2 yang mengulang, insha Allah, berkat doa dapat menaikkan keputusan yang lebih baik.

Ada yang sampai nak bayar, KK terkejut, KK ikhlas, ilmu ni Allah beri sedikit kepada KK, KK cuma berkongsi ilmu.

Minggu ni, bermulalah perjuangan mereka yang mengulang peperiksaan, KK berharap dapat menjawab dengan tenang dan dapat membaiki keputusan ke arah lebih baik :) Insya Allah

Kalau sesiapa nak, boleh inbox KK di facebook, boleh ke tab "Contact Me" untuk cari fb KK, nanti KK kongsikan :)


2 ulasan: