Spice of My Life

Followers !

Halaman

30/03/2014

Beli hadiah untuk perkahwinan sahabat :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam tadi dalam jam 8.00 malam KK gagahkan diri ke sebuah pasaraya yang berdekatan dengan rumah.


Niatnya nak beli hadiah, tak larat nak beli jauh-jauh, fikirkan esok nak hadiri majlis perkahwinan kawan lama, jadi rasa macam bersalah datang dengan tangan kosong.

KK belilah hadiah, yelahkan, dia siap hantar kad kahwin kat KK, takkan KK datang dengan tangan kosong pula, hehe.

Pasal kad kahwin tu boleh baca entri ----> SINI


Apa hadiahnya? Hehe, jadi inilah hadiahnya, satu set pakaian bayi, hehe, KK suka menyakat pengantin baru ni, biar cepat-cepat dimurahkan rezeki.

KK dah siap letak dalam beg kertas, dan ada hadiah tambahan kat dalam tu, nak tahu apa? tunggu entri seterusnya.

Esok harinya, dah janji dengan pengantin, nak sampai pukul 1, KK akan datang dengan hadi, dan ayza dengan mak dia.


Kami akan berjumpa kat sana lah, tak sabar nak tunggu hari esok :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan