Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/09/2013

Suis Kelas kembali berfungsi !


Assalamualaikum,

Minggu lepas kimi ada cerita pasal suis kelas kimi terbakar, haha, nak tahu kes apa itu? punca dan kesan ? boleh klik SINI.

Lepas pada kes suis terbakar tu, dalam 2 hari lepas tu, kimi jumpa Cik Mohd Nor untuk mengadu pasal suis kelas terbakar.

Masa tu beliau tengah mengajar kat kelas bawah, kimi ganggu kejap, dia pun cakap akan panggil orang baiki suis kelas, kimi pun ok saja.

Masa tu, PBS ada lagi tak siap, jadi penggunaan suis kelas amatlah diperlukan, semua budak kelas kimi jadi "lumpuh", haha


Alkisahnya, sampai ke minggu ni masih tak ada perubahan, jadi, kimi dengan tasya habis rehat pagi tadi, terus pergi jumpa Cikgu Mohd Nor sekali lagi.

Terus pergi bilik dia, Cikgu Mohd Nor ialah Guru GPK Tingkatan 6, jadi bilik di pejabat, nasib dia ada.

Kimi dan tasya mengadu buat kali ke-2, dia pun terus panggil technician baiki, tutup dulu semua suis kelas, dalam 10 minit macam tu...

Cikgu Mohd Nor naik ke kelas kimi, dan suruh cuba suis tu.......

Gambar Hiasan
Akhirnya, suis berfungsi seperti sedia kala, alhamdulilah, haha, lepas ni jangan ulangi kes dulu lagi, tak sanggup dah, haha.

Terima kasih kepada Cikgu Mohd Nor kerana begitu prihatin terhadap pelajar prauniversiti seperti kami !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan