Spice of My Life

Followers !

Halaman

09/06/2013

Back to School : My Last Term :)


Assalamualaikum,

Pejam celik,pejam celik, dah cukup 2 minggu kimi bercuti, begitu juga seluruh pelajar STPM seluruh Malaysia, cuti selepas peperiksaan penggal 2 sudah habis!
Penggal 3 bakal menyusul, tapi semangat cuti masih tidak luntur juga, hehe, sama juga dengan kimi, rasa sekejap saja, nanti nak sambung balik.

Dan, penggal 3 merupakan penggal terakhir bagi semua pelajar tingkatan 6 untuk mereka menghabiskan pengajian mereka, terdapat satu lagi peperiksaan iaitu di penghujung penggal 3.


Semestinya, selepas habisnya peperiksaan penggal 3, pasti ramai nak bekerja atau pergi melancong, haha, awalnya kimi fikir tentang ni. hehe.

Walau apapun, kimi akan melangkah sekali lagi ke sekolah untuk menghabiskan pengajian kimi di tingkatan 6 dan insyaallah akan menyambung lagi pengajian ke peringkat ijazah.

#wish me luck !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan