Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/03/2013

Kek Batik Agar-Agar !




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Hari ni kimi nak berkongsi satu lagi resipi kek batik yang lain , kek batik yang dulu kimi buat guna resipi yang lain , kali ni tak jauh sangat bezanya , cuma ada sedikit penambah baikan yang dilakukan .



Sumber kek batik ni kimi dapat dari blog kak izah , nak tahu boleh klik ---> SINI

Kalau kek batik yang dulu , boleh klik SINI , memang sedap dan rasanya coklat nya yang marvelous ! tapi yang kali ni , sedap juga , cuma tekstur nya sahaja yang tidak melekit-lekit.



Kimi buat kek batik ni , sebenarnya untuk kak sue a.k.a manager Sakan Sdn Bhd tu , dia ditukarkan ke cawangan yang lain , ke cawangan sakan Muadzam , jauh tu !

Masa kek batik yang dulu , dia nak rasa katanya , tapi dah habis , sedap keluarga kimi makan , dan kimi memang buat untuk Hari Lahir Cikgu Rosnahni , jadi bawa separuh ke sekolah , dan lagi separuh untuk keluarga kimi , jadi tak menyempat untuk staf-staf sakan.

Jadi bila kaksue nak ditukarkan ni , kimi rasa serba salah pula , takut2 kempunan pula dia , balik sekolah , beli bahan-bahan dan balik terus buat .

Jom kita mulakan !



Bahan-bahan

2 atau 3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gram mentega
125 gram milo
3 sudu besar serbuk koko
1 atau 2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat 
Biskut marie secukupnya



Cara-cara



1) Didihkan air bersama serbuk agar-agar


2) Setelah mendidih dan rata , masukkan mentega 


3) Selepas itu , boleh masukkan milo , serbuk koko dan nescafe serta susu pekat


4) Kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul


5) Susun biskut 


6) Lepas susun biskut , letak satu lapisan coklat dan ulang lagi .


7) Sampai lah penuh tray atau bekas yang digunakan .


8) Simpan di dalam peti sejuk selepas betul2 sejuk .



Setelah siap , boleh lah dipotong dan dihidangkan bersama keluarga 

Ok , itu sahaja , bye :)

#bagi kimi , kimi lebih suka resipi yang dulu :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan