Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/03/2013

Jelajah ABPBH 2012 di Kuantan !



Assalamualaikum ,

Ahad yang lepas , kimi , farah dan tasya ke Megamall nak tengok jelajah ABPBH . Jalan raya depan Megamall tu jangan cakap lah , memang sesak gila , susah nak jalan , nasib kimi naik motor , bolehlah mencelah .

Kimi dan farah dari Karnival Jom Masuk U dan si farah nak tengok sangat faizal tahir , macam2 lah , tapi  masa kimi sampai tu , faizal tak ada lagi , yang ada AG Hotfm dengan Didie Alias , jadi pergi makan di Aida`s , farah order , kimi jaga tempat , orang memang ramai , penuh orang di Aida`s .



Ribuan peminat membanjiri ruang legar !






Ramai kan ? memang sesak , bila Aaron Aziz keluar , semua jerit , rasa macam bergegar Megamall , kimi tengah makan dengan farah , sakit telinga , memang gempak !

Lepas makan , baru kita orang turun untuk ambil gambar , sesak jangan cakap lah , kene berhimpit sikit , nampak Emma Maembong , Johan A`shari , Zizan , Sleeq , Yana Samsudin , Shaheizy Sam dan ramai lagi .

Dan kimi nampak group MAX 24:7 , hehe , handsome semua ! patutlah menjadi kegilaan wanita , kumpulan ni ada 12 orang , tapi kimi nampak baru separuh !


Sempatlah ambil gambar kumpulan ni , terkenal dengan lagu gadis dan bunga , kumpulan ni lah yang nyanyi tau , hehe ,

Nak jalan ke hadapan , susah , ribuan orang , jadi bolehlah berasak-asak sikit , sebab si farah ni nak ambil gambar faizal tahir .
















Haha , masa ni , part korus , tarik habis faizal tahir , kalau perasan , faizal tahir potong rambut masa ni , orang cakap nampak macam anuar zain ? betul ke?

Jadi , kimi malas nak bersesak-sesak , kimi ajak farah pergi tebus baucer di MBS , aman sikit , hehe ,

Ok , itu sahaja , bagi kimi , jelajah seperti ini bukan sahaja untuk menarik undi , tetapi untuk mendekatkan lagi peminat dengan artis kesayangan mereka :)

Bukan itu sahaja , tetapi untuk memperkenalkan artis-artis yang mungkin baru dalam industri hiburan tanah air untuk terus dikenali :)

Itu sahaja , bye :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan