Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/11/2012

9 Step Retreat The Past ! (Song)



Assalamualaikum ,

Harini kimi nak kongsi 9 buah lagu kesukaan kimi , tajuk macam gempak je kan , sebenarnya kimi bukan sahaja suka lagu terkini , lagu lama-lama pun kimi suka , seperti kata orang , tiada yang lama , tiada yang baru , tak begitu ? jadi marilah mengenali antara lagu yang menjadi kesukaan kimi dan menjadi pujaan sepanjang zaman .



1) Sekadar Di Pinggiran : Francesca Peter !






Francesca Peter antara salah satu artis bukan melayu tetapi menyanyikan lagu melayu,
Beliau sudah bertapak sudah lama dalam industri dan lagunya telah memenangi Anugerah Muzik-Muzik 1989 yang sekarang ini dikenali Anugerah Juara Lagu (AJL) .
Artis yang terkenal pada era 80an . Kini melibatkan diri dalam persatuan2 amal .
Antara lagu terkenal yang lain ialah kerna terpaksa dan akulah kekasihmu .


2) Menaruh Harapan : Zaiton Sameon !




Zaiton Sameon adalah salah satu artis top era 80 juga , lebih top dari kak Fran lagi
Lagunya ini dinobatkan juara untuk AJL 1987 
Terus melonjakkan nama beliau dan mengalami zaman kegemilangan yang penuh gilang-gemilang.
Tetapi dalam kegemilangannya itu , satu kejadian yang tidak disangkal ,
satu kemalangan terjadi selepas pulang dari membuat persembahan ,
lebih tragisnya , anaknya terkorban dalam nahas tersebut ,
kini , segala kisah hidupnya telah diabadikan di dalam filem ZAITON CERITAKU.


3) Keranamu Kekasih : Illa Sabri !




Lagu ni sebenarnya kimi tak sangka yang kimi boleh jumpa , 
lagu ni sebenarnya memang dah lama kimi minat dan cari , 
tapi disebabkan tak tahu nama lagu dan penyanyi , 
itulah tak boleh cari .
Lagu ni kimi dengar dalam filem gerak khas , masa dinner polis-polis tu .
Nak dijadikan cerita , suatu hari , dalam kelas , marni pasang lagu , 
lepas satu-satu lagu , tiba-tiba lagu ni , terus tanya lagu apa ,
lepas tu apa lagu , take note and download lah .


4) Mimpi Yang Tak Sudah : Ibnor Riza 





Lagu ni kimi memang minat sangat-sangat ,
Salah satu penyanyi lelaki yang kimi suka ,
Lagu ni kimi dengar di radio , lama dah cari lagu ni
cuma tak jumpa , dan sekarang baru jumpa ,
Lagu ni memberi seribu makna buat kimi .


5) Berteman Sepi : Erra Fazira !







Primadona Malaysia antara jolokan yang diberi kepadanya ,
Bakatnya bukan sahaja terletak pada lakonan , malah pada nyanyian .
Anak seni yang pernah memenangi Ratu Cantik ini masih aktif sehingga sekarang
Itulah Erra Fazira !


6) Terlalu Istimewa : Adibah Noor !






Kemantapan vokalnya pasti membuatkan anda tergaman dan diam seribu bahasa
Artis senior ini memang terkenal dengan lagu ini ,
Salah satu artis kesukaan kimi dari dulu sehingga sekarang
Kimi suka sangat lagu ni , maksud mendalam dan sayu bila dengar
VC yang menyentuh hati dan perasaan .


7) Ku Pendam Sebuah Luka : Khatijah Ibrahim !






Khatijah Ibrahim seorang artis yang sudah lama bertapak dalam industri ,
Seorang yang berjaya dalam seni sehingga kini ,
Lagu ni kimi suka sangat , maksud mendalam
Dengar di suria fm ,
Lepas dj cakap tajuk lagi , terus download !


8) Setia Ku Korbankan : Fauziah Latiff !







Kimi suka sangat lagu ni ,
First time dengar lagu ni di cerita TV3, tajuk tak ingat
Tapi yang kimi ingat drama yang ummi aida berlakon dengan rosyam nor
Tak silap masa kimi sekolah rendah cerita ni , yang diaorang berlakon kat India tu .
Lama juga cari , dan jumpa akhirnya !


9) Awan Yang Terpilu : Ning Baizura !





Ning Baizura memang kimi lama minat ,
kemantapan vokal dan keteguhan suaranya memang tiada tandingan
Meremang bulu roma kimi bila dengar dia nyanyi
Dulu masa balik sekolah suka sangat bila dengar lagu ni kat radio
Melompat-lompat , suka lah sangat kan , hehe
VC ini banyak memberi iktibar dan pengajaran .


Ok itu sahaja lagu yang kimi minat dari dulu sampai sekarang , dalam simpanan mp3 memang ada lagu tu , dan selalu mainkan jikalau bosan , tak dinafikan lagu-lagu lama biasanya berkisarkan tentang percintaan dan kekasih hati , kalau lagu sekarang nak buat lagu cinta , tak sama dengan nilai sentimental macam dulu , orang cakap lagu dulu-dulu ni "berbisa" ha ! tak gitu , hehe , kongsikan lagu kegemaran anda di ruangan komen di bawah , ok la , bye , selamat berhujung minggu !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan