Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/07/2012

Apam Strawberi + Inti Coklat !




Assalamualaikum ,

Jamuan adik di tadika dan jamuan kecil kelas terpanggil kimi untuk buat sekali lagi apam dot2 ni , tapi kali ni kimi tukar design dengan buat design strawberry berfillingkan chocolate .


Biasa buat dot2 je , tapi semalam buat research nampak orang tu buat bentuk strawberry , terdetik pulak hati nak buat macam tu jugak , cuba la buat , alhamdulilah menjadi , resipi still sama macam haritu .

Lepas tu rasa macam nak letak inti , fikir punya fikir , letak inti cokelat , tu pun guna coki-coki je , hehe .

Nak tahu resipi haritu klik SINI . semalam ada pembantu nak tolong , jiran sebelah merangkap rakan sekelas , si farah , dia tolong kimi , cepat sikit kerja nya , thanks !

Thanks juga untuk jurugambar tidak berbayar , siti ! thanks a lot !




yang ni versi strawberry , kesnya apabila warna merah habis , test la pakai warna kuning , nampak ok , lagi comel dari yang original , kan?



yang ni versi original , yang comel2 kene baham awal2, tinggal yang comot2 je .



apam yang siap dikukus , ini yang versi dot2 kimi buat jugak , tak semua buat strawberry design , yang tu baru sesi percubaan . kimi buat 4 adunan , tak silap dapat dalam 200biji macam tu la.



apam ni warna kesukaan si farah , sanggup ambil yang purple , susun dan ambil gambar , favorite katanya .




ni la si farah , masa ni dah siap , jadi masa untuk bergambar , jurugambar dah bersiap , model je yang belum , hehe , farah suka yang original , kimi pula suka yang second version . tengok cardigan si farah , dah nampak yang memang dia ni suka warna purple , mmmm , minah purple ! hehe .



yang ni special version punya , last2 punya , doh pun dah nyawa2 ikan , yang ni la jadinya , tapi comel jugak . yang ni kimi bagi bff kimi , meera . orang lain tak dapat , meera je la special yang dapat .


sekarang sesi seterusnya iaitu sesi menyusun di dalam bekas , 1 bekas untuk adik , dan 2 bekas untuk tuannya la , hehe , takut tak cukup , padahal lebih tadi , tak pe lah , asal semua dapat rasa .







bila susun elok2 dalam bekas nampak comel je , tak nak makan rasa , comel sangat.


masa kimi tengah2 susun apam dalam bekas semalam , si farah  ni tengah makan nasi kukus , dia cakap lapar sangat2, dari balik sekolah tak makan , sempat la snap gambar dia , jelas tak ? tak berapa jelas kan , kejap2 , tengok yang betul2 jelas !










































hahhahahhahahahah ! kesian sangat-sangat bila tengok muka dia macam ni , adoii la ! lawak sangat2 . gelak jangan sampai pecah perut pulak semua ! hahaha , itu je lah untuk malam ni , bye !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan